Sunday, July 7, 2013

aku julai 2013.

 Sekarang genap 3 tahun aku kat di UPSI. Macam-macam aku kutip. Pengalaman, ilmu, kawan dan teman. 15 Julai 2013. Tarikh keramat bagi aku yang serba tak tahu. Aku akan mula berpraktikal pada tarikh tersebut. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDETA ZABA SEREMBAN. Sekolah pertama yang bakal mencorak kehidupan aku sebagai seorang pendidik kelak. Jika aku gagal di sekolah ini, bukan takdir aku untuk menabur bakti kepada anak bangsa.

Semasa aku menulis entry ini, aku berasa sangat teruja untuk melangkahkan kaki aku memasuki perkarangan sekolah sebagai seorang cikgu. "Cikgu!" panggilan yang bakal aku sandang. Ya Allah...sungguh aku tidak sabar.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin... Best Blogger Tips

Thursday, January 10, 2013

DUNIA SEMATA

perjalanannya sungguh jauh
hingga tak termampu untuk ku berjalan lagi
lantas aku terduduk
di tengah jalan raya
yang sibuk

sibuk dengan harta
sibuk dengan nama
sibuk dengan kaya
sibuk dengan gembira
sibuk dengan dunia semata!

mata lilau memandang
mana jalan keluar
untuk ku terus berjalan
tanpa mengerti apa itu dunia semata

Best Blogger Tips

Monday, October 29, 2012

22 sudah..ngeee

+24 Oktober 2012+ tepat jam 10.40malam waktu tempatan, umur aku genap 22 tahun. First of all, thank you Allah sebab bagi hamba-Mu ini sedikit waktu lagi untuk bernafas di bumi-Mu ini. Secondly, thanx mak sebab lahirkan anakmu yang comel ni. Ketiga, terima kasih abah sebab bagi cukup kasih sayang untuk besarkan anakmu sehingga sebesar ini. Keempat, kelima, keenam n so on,...thanx to all yang pernah wujud dalam hidup aku. Kamu semua dah menjadi sebahagian warna dalam hidup insan yang bernama Khairun Ain Nadiah ini. 22 tahun hidup banyak beri aku pengalaman. Precious moments that make my life stronger and valuable. Semakin aku kenal erti kasih sayang, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya. Hidup aku boleh dikatakan lengkap dan sangat warna warni. Ada family yang sangat membahagiakan, ada sahabat yang sangat memahami, ada kawan2 yang sangat happening, ada guru @ lecturer yang sangat memberi tunjuk ajar, ada kemudahan yang sangat memudahkan aku. Yup..aku sangat happy. Thanx again Ya Allah. Aku tak perlukan hadiah lain dah. Kehidupan aku yang ada sekarang adalah hadiah yang paling berharga buat aku. Kekasih dan kawin???? Perkara terakhir yang akan aku fikirkan. Bukan aku menolak tapi hati aku mengatakan TAK buat masa ni. maaf my love.. ni keputusan aku. Harapan aku untuk umur yang ke 22 ini, aku nak happykan parents aku. Aku nak dapatkan pointer yang terbaik dan aku nak buat parents aku bangga dengan aku. GO ME GO!!!!!YOU CAN DO IT!! tengok la nanti. :D



#sangat gembira semasa tulis entry ni. tak tau kenapa :x :)



>happy 22nd birthday to me<

Best Blogger Tips

Friday, August 24, 2012

untuk kamu

saat aku jatuh, aku mahu seseorang bangkitkan aku
saat aku menangis, aku mahu seseorang kesat air mata itu
saat aku gembira, aku mahu seseorang di sisi berkongsi kegembiraan bersama
saat aku marah, aku mahu seseorang menyejukkan hati ini
saat aku tersenyum, aku mahu seseorang juga tersenyum
saat aku lalai, aku mahu seseorang menegurku
saat aku diam, aku mahu seseorang berkongsi nikmat senyap bersamaku
saat aku kedinginan, aku mahu seseorang menghangatkanku
saat aku terjaga dari mimpi yang buruk, aku mahu seseorang berada di sisi aku dan mengatakan "jangan takut sayang..saya ada"
dan saat aku cuma aku, aku mahu seseorang yang boleh menerima hakikat itu...


Best Blogger Tips

Tuesday, July 17, 2012

ceritera Laila Isabella

Azam:
Kau tahu tak, hidup kita ni macam anak panah. Kita dah ada sasaran dah. Tepat-tepat sasaran tu. Kita dah 'aim' bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasarannya. Lain yang kita nak, lain yang kita dapat. Suka ke, tak suka ke, terpaksa kita terima.

Laila:
Betul...

Azam:
Walau apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan.

Laila:
Macam anak panah kan? Sebab tu aku tak pernah rancang apa-apa dalam hidup aku. Aku ikut je...

Azam:
Apasal? Kau takut tak jadi?

Laila:
Aku? Takut tak jadi? huh! Cuma aku rasa aku...
arghh... tak layak, nak rancang apa-apa pun.

Azam:
Hai... Macam putus asa je? Hidup jangan cepat putus asa. Hidup masih jauh lagi. Walau apa jadi sekali pun.

Laila:
Hidup Mesti Diteruskan. Aku tahu...

Azam:
Hah, bijak! Dan Hidup Mesti Berani Terima Kenyataan... Berani menghadapi baik ke, buruk ke, jalan terus! Jangan toleh belakang. Dah la... Pergi tidur. Dah pagi dah ni.
Best Blogger Tips

Friday, June 29, 2012

terima saja

what goes around come around

what you give, you get back

karma

takdir

qada' dan qaadar

ketentuan

fitrah

~terima saja walau tak rela, terima saja kerana semua telah tertulis, terima saja bermakna berserah saja kepada-Nya setelah mencuba segala usaha~~~~
Best Blogger Tips

Love her :-*

assalamualaikum... entri kali ni khas ditujukan kepada kakak saya yang tersayang sebab hari ni birthday dia. Pertama-tama saya nak ucapkan ' HaPpY biRtHdAy Sis....you're an awesome sister laa'... 30 Jun 1988



she was born..tadaaa. tapi banyak komplikasi semasa awal kelahirannya...


but she was so strong and fight to live.



dan....inilah dia. Membesar dengan senyum dan tangis [chill larr]


di tempat belajar sambil menangkap gambar


saya harap dia akan terus tersenyum dan ketawa :')



sebab saya sayang dia!!



Dia seorang kakak yang baik..



Kitorang memang selalu kongsi2.. ( tapi jangan kongsi suami)




dengan ini saya nak ucapkan:



selamat hari lahir KHAIRUNNISA.. we love u always





p/s: dia tak tahu blog ni...shhhhhhhh...









Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...