Monday, September 5, 2011

Sebuah Perjalanan


Perjalanan hidup kita semua telah tertulis oleh-Nya. Seperti kata-kata pujangga, manusia ialah pelakon dan dunia ini adalah pentasnya. Sebesar mana pentas itu, sebanyak itu juga cerita yg oleh dipentaskan. Skripnya telah lama siap sejak roh kita bersetuju untuk bersatu dengan jasad. Tinggal lagi kita sendiri melakonkan watak masing-masing. Kau bukan aku dan aku tidak mungkin kau. Perjalanan hidup yang mungkin sama tetapi berbeza. Kita tidak boleh mengubah ketentuan yang telah ditentukan untuk kita. Terima dengan hati yang terbuka. Hidup ini kadang-kadang susah untuk dimengerti tetapi perlu diteruskan sehingga ke titik waktu yang telah dijanjikan sebelumnya. Jadilah diri sendiri. Jangan sesekali berfikir mahu menjadi orang lain. Sesungguhnya kita diberi keistimewaan tersendiri yang tiada pada insan lain. Bersyukur lebih baik dilakukan daripada menyesali kewujudan diri di muka bumi ini. Tetapi, ternyata sikap bersyukur ini hanya ada dalam segelintir individu saja. Pangkat, kuasa, harta itu yang dinilai dahulu sebelum melihat akidah seseorang. Pesanan untuk diri ini. Jangan leka dihanyut arus dunia. Bangun dari mimpi yang membuai tidurmu. Sedarlah kamu hanya hamba-Nya. Jangan sombong, angkuh dengan apa yang kamu ada sekarang. Kelak semua itu bukan lagi milikmu. Tenang dan fikirlah corak perjalanan hidupmu. Jangan berfikir mahu lebih daripada diri orang lain tapi fikirlah untuk perbaiki diri sendiri ke jalan yang lebih diredhai... Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...