Wednesday, June 13, 2012

Ketentuan-Nya cukup indah...


Andai tertulis takdir itu begitu, jangan pernah cuba untuk menghalangnya. Segala yang disusun-Nya dah cukup indah untuk kita sama-sama melangkah menuju ke garisan itu. Jika betul takdir kita masih bersama, jangan kau risau. Hanya perlu bersabar.. Semua ini dugaan semata. Jika benar sebahagian tulang rusukmu itu adalah aku, pasti akan ku datang ke pangkuanmu. Jika tidak di sini tunggulah aku di sana. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. Aku tak janjikan apa-apa sebab aku sendiri tak tahu jalan mana yang dah ditetapkan untuk aku.. Jika aku bukan untukmu, jangan bersedih. Pasti tulang rusukmu yang sebenar lebih baik daripadaku. Jangan pernah berkeluh kesah. Terima kasih kepada-Nya kerana telah mengaturkan segalanya untuk kita. Tidak pernah terlintas untuk aku menyimpang dari takdir yang telah ditetapkan. Aku yakin suatu hari nanti ada sesuatu untuk kita. Aku berharap walau apa pun yang terjadi jangan salahkan sesiapa. Terimalah dengan hati yang redha... Aku?? Insya-Allah aku akan sentiasa berpegang kepada qada' dan qadar-Nya. Semoga kau akan bahagia walaupun kau tahu kita tak ditakdirkan untuk bersama...

#Berbahagialah kerana bahagia itu cukup indah :)
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...