Friday, June 15, 2012

.:Semester 4..DONE!!

Hari ni dah hari sabtu.. Bermakna hari ni hari terakhir aku di uni sebagai pelajar semester 4. Banyak ilmu yang aku kutip. Tak kira la kutip kat mana. Kadang-kadang aku kutip kat tepi jalan. Kadang-kadang ada juga ilmu yang aku kutip tengah padang, dalam kelas apatah lagi. Aku tempuh semester 4 ni dengan hati yang redha. Banyak peristiwa yang dah berlaku dalam diri aku selama aku dalam sem ni. Perkara yang tak terlintas bagi aku pun jadi dalam sem ni. Tapi semua tu pengalaman yang mematangkan kita kan?? Satu peristiwa yang aku tak akan lupa dan pertama kali jadi pada aku ialah KENA RAGUT!! ermm..tapi bukan aku yang kena ragut. Kawan aku sebenarnya. Tapi kes ni berlaku depan mata aku. Ok la...lebih tepat lagi belakang mata aku sebab masa dia kena ragut tu dia ada kat belakang aku. but.. aku tetap ada masa kejadian tu masih panass panass pisang panas lagi. Nasib peragut tu memang malang sebab hanya berjaya meraih beg yang ada resit ATM dan compact powder.HahHaHAHAhHa!!!So...lepas ni berhati-hati walaupun dekat rumah sendiri. Sem ni jugak aku sibuk sangat sampai tidur pun tak menentu. Pengalaman baru bagi aku bila aku tiba-tiba aktiv dalam persatuan. Dan persatuan yang tak pernah aku bayangkan sejak sekolah lagi yang aku akan masuk persatuan tu, iaitu Persatuan Silat Gayong. Secara jujurnya, penglibatan aku ni banyak mengajar aku tentang erti kesabaran, tanggungjawab, kerjasama, keriangan bekerjasama, berkawan, bersahabat dan banyak lagi la... Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab dapat masuk dalam ahli keluarga PSSGM. Then, sem ni aku dapat lesen kereta. Ni satu lagi aktiviti aku dalam sem ni... Tiap-tiap hujung minggu aku, aku dan roomate aku akan terpacak kat tempat belajar kereta. Jadi...hujung minggu pun aku tak lekat kat rumah. Macam mana tu??? Syukur alhamdulillah aku dan dila dapat juga lesen lepas 3 semester berulang alik ke driving school tu. FUHHHH.... Ada satu lagi pengalaman baru yang aku kutip dalam semester 4 ni. Pengalaman berTEATER.. Tak disangka-sangka aku boleh minat dengan bidang teater ni. Semangat yang ada sebelum, semasa dan selepas pementasan teater tu yang membuatkan aku berminat nak tonjolkan diri dalam teater. SABAR memang sangat3 diperlukan untuk mementaskan sesebuah pementasan teater. Aku dapat rasa pengalaman tu dan ia membuatkan aku respect pada sesiapa yang betul-betul aktif dalam teater ni. CATATAN TUN SRI LANANG. Ni la tugasan yang kumpulan aku dapat untuk projek akhir subjek ni. Banyak masalah yang timbul, banyak perasaan yang terguris, banyak tenaga yang dikeluarkan, banyak masa yang perlu dikorbankan. Tapi selepas berakhirnya pementasan teater ni satu kepuasan wujud pada diri setiap ahli kumpulan dan muncul rasa sayang untuk meninggalkan segala aktiviti yang kami lakukan saban malam. Kami dah macam satu keluarga. Susah senang semua kami lalui bersama.. Ya, kami keluarga. Keluarga Catatan Tun Sri Lanang. Aku sayang mereka. Semester ni aku ada satu hobi baru iaitu beli haiwan. Ada satu kedai haiwan yang baru bukak depan uni aku. Haiwan pertama yang aku beli = KURA2 Kecik. Nama dia TUTIEY. Hajatnya nak jadikan Tutiey ni pasangan TUTIS yang ada kat rumah tu, tapi sayangnya Tutiey hilang sebelum sempat berjumpa Tutis. Haiwan kedua aku beli arnab RARA dan RIO. Aku jaga diorang kat kolej ni. Susah jugak aku nak jaga diorang ni sebab aku tak ada bajet nak beli sangkar. So..kena bersihkan kotak dia hari-hari. Tapi aku suka. Dapat main dengan diorang hari-hari. Suka2. Semua pengalaman ni beri rencah dalam hidup aku. Walaupun pengalaman tu pahit tapi aku tetap bersyukur dan menikmati setiap saat dalam hidup aku. Ada satu lagi peristiwa dalam sem ni. Tapi tak boleh tulis kat sini..RAHSIA. tapi aku bagi bayang2 dia je ok? Bayang dia= Mr. R <3. Pengalaman yang cukup berharga bagi aku.. Biarlah masa yang menentukannya...
Sekian~~


<3CATATAN TUN SRI LANANG <3


!!sayang kamu !!


PSSGM


Rio n Rara....miss them


Akhirinya dengan senyuman...

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...