Tuesday, July 17, 2012

ceritera Laila Isabella

Azam:
Kau tahu tak, hidup kita ni macam anak panah. Kita dah ada sasaran dah. Tepat-tepat sasaran tu. Kita dah 'aim' bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasarannya. Lain yang kita nak, lain yang kita dapat. Suka ke, tak suka ke, terpaksa kita terima.

Laila:
Betul...

Azam:
Walau apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan.

Laila:
Macam anak panah kan? Sebab tu aku tak pernah rancang apa-apa dalam hidup aku. Aku ikut je...

Azam:
Apasal? Kau takut tak jadi?

Laila:
Aku? Takut tak jadi? huh! Cuma aku rasa aku...
arghh... tak layak, nak rancang apa-apa pun.

Azam:
Hai... Macam putus asa je? Hidup jangan cepat putus asa. Hidup masih jauh lagi. Walau apa jadi sekali pun.

Laila:
Hidup Mesti Diteruskan. Aku tahu...

Azam:
Hah, bijak! Dan Hidup Mesti Berani Terima Kenyataan... Berani menghadapi baik ke, buruk ke, jalan terus! Jangan toleh belakang. Dah la... Pergi tidur. Dah pagi dah ni.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...