Monday, October 29, 2012

22 sudah..ngeee

+24 Oktober 2012+ tepat jam 10.40malam waktu tempatan, umur aku genap 22 tahun. First of all, thank you Allah sebab bagi hamba-Mu ini sedikit waktu lagi untuk bernafas di bumi-Mu ini. Secondly, thanx mak sebab lahirkan anakmu yang comel ni. Ketiga, terima kasih abah sebab bagi cukup kasih sayang untuk besarkan anakmu sehingga sebesar ini. Keempat, kelima, keenam n so on,...thanx to all yang pernah wujud dalam hidup aku. Kamu semua dah menjadi sebahagian warna dalam hidup insan yang bernama Khairun Ain Nadiah ini. 22 tahun hidup banyak beri aku pengalaman. Precious moments that make my life stronger and valuable. Semakin aku kenal erti kasih sayang, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya. Hidup aku boleh dikatakan lengkap dan sangat warna warni. Ada family yang sangat membahagiakan, ada sahabat yang sangat memahami, ada kawan2 yang sangat happening, ada guru @ lecturer yang sangat memberi tunjuk ajar, ada kemudahan yang sangat memudahkan aku. Yup..aku sangat happy. Thanx again Ya Allah. Aku tak perlukan hadiah lain dah. Kehidupan aku yang ada sekarang adalah hadiah yang paling berharga buat aku. Kekasih dan kawin???? Perkara terakhir yang akan aku fikirkan. Bukan aku menolak tapi hati aku mengatakan TAK buat masa ni. maaf my love.. ni keputusan aku. Harapan aku untuk umur yang ke 22 ini, aku nak happykan parents aku. Aku nak dapatkan pointer yang terbaik dan aku nak buat parents aku bangga dengan aku. GO ME GO!!!!!YOU CAN DO IT!! tengok la nanti. :D



#sangat gembira semasa tulis entry ni. tak tau kenapa :x :)



>happy 22nd birthday to me<

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...