Sunday, July 7, 2013

aku julai 2013.

 Sekarang genap 3 tahun aku kat di UPSI. Macam-macam aku kutip. Pengalaman, ilmu, kawan dan teman. 15 Julai 2013. Tarikh keramat bagi aku yang serba tak tahu. Aku akan mula berpraktikal pada tarikh tersebut. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDETA ZABA SEREMBAN. Sekolah pertama yang bakal mencorak kehidupan aku sebagai seorang pendidik kelak. Jika aku gagal di sekolah ini, bukan takdir aku untuk menabur bakti kepada anak bangsa.

Semasa aku menulis entry ini, aku berasa sangat teruja untuk melangkahkan kaki aku memasuki perkarangan sekolah sebagai seorang cikgu. "Cikgu!" panggilan yang bakal aku sandang. Ya Allah...sungguh aku tidak sabar.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin... Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...